Dasar Privasi

DreamApp komited untuk melindungi privasi dan data peribadi pengguna kami. Dokumen ini menerangkan bagaimana kami mengumpul, menggunakan, dan melindungi maklumat anda.

1. Maklumat Yang Dikumpul

Kami mungkin mengumpul maklumat seperti nama, alamat emel, nombor telefon, dan butiran bisnes apabila anda menggunakan aplikasi atau mengisi borang di laman web kami.

2. Cara Penggunaan Data

Maklumat digunakan untuk menyediakan perkhidmatan, berkomunikasi dengan anda, menghantar kemas kini produk, dan memastikan pematuhan dengan polisi pengiklanan Google & Meta.

3. Perlindungan Data

Kami menggunakan langkah keselamatan teknikal dan organisasi untuk melindungi data anda daripada akses tanpa kebenaran, kehilangan, atau pendedahan tidak sah.

4. Integrasi Pihak Ketiga

DreamApp hanya mengakses akaun pengguna melalui API rasmi (Google, Meta, WhatsApp). Kami tidak menyimpan kata laluan pengguna. Data hanya dikongsi dengan penyedia perkhidmatan yang diperlukan untuk operasi (contohnya hosting atau pembayaran).

5. Hak Anda

Anda berhak untuk meminta akses, pembetulan, atau pemadaman data peribadi anda. Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi kami di info@dreamapppower.com.

6. Perubahan Dasar

Kami boleh mengemas kini dasar privasi ini dari semasa ke semasa. Sebarang perubahan akan dipaparkan di halaman ini dengan tarikh kemaskini.